Thursday, July 17, 2008
Congkak
Thursday, July 3, 2008
Bulan Bahasa
Terdapat beberapa permainan tradisional melayu di negara-negara lain.Salah satu permainan tradisional adalah congkak, dan itulah tumpuan saya dalam karangan ini. Ia dimainkan dari zaman dahulu lagi.
Congkak merupakan permainan yang diminati oleh ramai orang dan amat popular dalam kalangan orang melayu. Ia mempunyai sebutan yang berbeza-beza dari negeri masing-masing. Seperti di Singapura, Malaysia dan beberapa daerah di kepulauan Riau juga menyebutnya sebagai congkak. Di Sri Langka, ia dikenali sabegai canka dan di Filipino pula disebut sungka.
Pada masa dahulu, pada abad 15-18M, permainan congkak dimain oleh kerabat-kerabat istana. Ia tetap dimainkan oleh orang-orang biasa namun terbatas pada golongan-golongan tertentu. Ertinya, ia dimain bersama-sama orang-orang yang berstatusm sosial seiras. Berasal dari Timur tengah, ia disebarkan memlau dunia perdagangan hingga ke Asia Tenggara. Setelah Kesultanan Riau mula jatuh, permainan congkak ini dimainkan sesama orang dari pelbagai status. Contohnya, orang-orang biasa bermain bersama puteri-puteri raja. Ia kemudiannya menjadi permainan tradisional melayu.
Diperbuat daripada:-Ia diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan pembuat congkak.
Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Congkak juga dihasilkan daripada tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Aturan Permainan:-
- Congkak dimainkan di sebuah papan yang dibuat khas untuk permainan congkak. Ia berukur 50cm x 20 cm dan setebal 8cm.
- Lubang untuk permainan congkak ini adalah 16 buah, 2 buah lubang sebagi rumah dan yang lainnya pula lubang kampung. 49 buah congkak diberikan masing-masing pada pemain congkak.
- Buah lubang disetengahkan pada setiap pemain, supaya adil. 7 buah lubang kampung dan 1 rumah.
- Pergerakan permainan congkak memutar dari kanan ke kiri dengan melewati lubang kampung milik sendiri dan milik lawan.
- Ketika permain sedang berlangsung, setiap pemain boleh meletakkan goli pada rumah sendiri. Bila sudah tiada lagi congkak untuk melanjutkan permainan itu, maka, ia dilanjutkan ke pemain lawan.
- Permainan ini mempunyai tujuan untuk masukkan buah congkak dari lubang kampuang ke rumah sendiri dengan cara melewati lubang-lubang yang ada.
- Salah satu pemain akan jadi pemenang apabila semua lubang kampung telah dikosongkan dan, dia mendapat buah congkak yang terbanyak di rumahnya.
Dahulu, congkak dimain oleh ramai orang, tetapi kini, jarang di lihat. Namun, terdaapat sebuah cerita seram, 'Congkak' yang baru di tayangkan. Walaupun saya tidak menontonnya, ia hanya sebuah rekaan semata-mata. Congkak sudah jarang dilihat dimain pada waktu kini. Mengapa? Permainan ini tidak dilatih oleh kanak-kanak atau generasi ke generasi dan papan congkak jarang di jumpa.
Pada hemat saya, permainan tradisional congkak boleh membantu kami dalam mata pelajaran matematik kerana perlua mengira buah congkak supaya tahu dimana ia akan putus. Permainan ini seronok jika ditonton oleh orang kerana boleh bersorak walaupun ia merupakan permainan yang perlu fokus. Dengan bersorak, ia akan menjadi lebih menarik dan lebih mencabar.
Saya harap informasi yang diberikan ini berguna
source:- http://culture.melayuonline.com/?a=cXd3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
& wikipedia.com
Wednesday, July 2, 2008
Pengenalan
Pemilik blog ini adalah saya, Nadhirah,
dari kelas 1/7, Sekolah Menengah Coral.
Saya akan menulis sebuah karangan,
Permainan tradisional- Congkak
dalam blog ini pada masa terdekat.
Saya harap ia berguna.